Thursday, November 15, 2012

Aku tak tau nak tulis tajuk apa...

     Assalamualaikum... Yo guys!!! Lama dah aku tak update blog ni kan... Aku bukan sesaja taknak update,  tapi cuma aku malas atau aku tak de apa2 nak ditulis. tapi, for the last 2 weeks ni aku tak dapat nak bukak internet sebab ada problem ngan wifi kat rumah aku ni. Akhirnya, smalam dapat jugak bukak internet setelah langsung tak dapat nak bukak sejak bermula cuti sekolah isnin minggu lepas. Sebenarnya sampai skarang wifi tak boleh guna lagi. Aku bukak internet ni guna kabel. Nasib baik boleh guna kabel, kalau tak cuti tahun ni adalah cuti yang terboring yang pernah aku lalui.

     Tapi, harini aku taknak cite pasal hal tu. Hari ni aku nak cite pasal semalam. Kenapa dengan semalam? Haaa... Ni nak cite la ni. Semalam kan aku pergi i-city. Mesti ada diantara korang cakap camni kan. "Eleh, gi i-city pun nak kecoh. Lainlah kalau gi luar negara". Kan kan kan. Tapi, kalau aku tak kecoh, blog ni takkan ada entri baru la. Sebab aku takkan bukak blog kalau takde apa-apa.

     Anyway, back to the middle. Semalam aku gi i-city petang. Dalam pukul 3 ke 4. Sampai situ kol 5.45 camtu la. Pastu, lepas parking kereta, kitorang terus ke kaunter tiket. Ayah aku pun belilah tiket masuk snowwalk. Tiket tu kan, dia kalau beli pukul enam, dia mahal sikit wooo... Waktu ayah aku beli tiket tu pukul 5.56. Nasib baik woooo. Kalau tak, kena bayar mahal. Lepas pukul 6, harga tiket naik 50%.

     Lepas beli tiket, kitorang pun masuklah dalam snowwalk tu. Sebelum masuk dalam bilik sejuk dia tu, kitorang pinjam baju sejuk. Free je. Semua orang yang nak masuk mmg kena pinjam pun. Pastu kat situ ada kaunter untuk pinjam but dan beli mittens. Mula-mula aku ngan kakak aku sombong ooo.... Kitorang taknak pinjam sewa but. Pastu, bila dah masuk, sejuk woooo.... Bukan sejuk je. Tapi licin sekali. Sebab aku ngan kakak aku pakai kasut yang digunakan untuk kalau pergi jalan-jalan. Pastu, masa aku tgh jalan ngan adik aku, aku tanya ayah aku mana kakak aku pergi. Rupanya kakak aku pergi sewa but kat luar. Aku pun cakap lah ngan ayah aku yang aku pun nak sewa but jugak. Ayah aku pun bawak la aku keluar. Pastu kitorang gi sewa but. Adik aku pun sewa but jugak. Adik aku lagi sorang taknak pakai but. Dia beli mittens warna hitam putih. Aku pakai 2 lapis stokin oooo.... Satu yang aku memang pakai. Lagi satu yang dia bagi sekali ngan but. Pastu lepas dah letak kasut kat loker, kitorang semua pun masuk balik.

     Masuk je aku ngan adik aku pergi jalan-jalanm dalam tu. Pastu kitorang main lah apa-apa yang ada kat situ. Pastukan, aku ngan adik aku naik la slide. Slide tu kita kena duduk kat benda macam pelampung. Disebabkan adik aku kurang 120 cm, aku pun naiklah slide ngan dia. Bes woooo.... Tapi, masa dia slide tu, sejuk muka aku. Pastu lepas slide aku ngan adik-adik aku pun cuba la buat snowball iceball. Susah ooo nak buat. Pastu dah lama-lama, kitorang dah menggigil, aku dan adik aku dan kakak aku pun pergilah beratur nak naik snowcar. Panjang wooo barisan. Akhirnya setelah lama beratur, turn aku dan adik aku pun sampai. Best ooooo.

     Lepas kitorang keluar, ayah aku terus beli air milo panas. Pastukan, masa aku kat loker nak ambik kasut, aku jumpa kawan aku. Aku tak sangka dia pun pergi i-city hari tu. Waktu tu, dia pun nak balik jugak. Lepas siap semua, kitorang pulangkan jaket dan but. Pastu baru aku ingat yang aku tertinggal kamera kat dalam poket jaket tu. Ayah aku pun tanya lah kat orang tu, pastu orang tu kata dia dah bagi kat kaunter tiket. Pastu ayah aku gi la tuntut kamera tu. Nasib baik aku ingat tau. Kalau tak, habis la... Lepas tuntut kamera, kitorang pergi solat Maghrib.

   Habis solat maghrib, kitorang pergi la main. Main apa korang takyah tahu sebab aku tak takkan bagitau pun sebab aku dah penat typing tanpa henti. Ok guys.... Byeeeee........ :)

     Oh! Aku terlupa nak bagitau korang perkara ni.... Malam tu kali kedua aku jadi macho... Kenapa??? Sebab malam tu kali kedua aku makan daging ayam, daging ayam, keju dan daging ayam... Napa aku tak tulis meat, meat, cheese and meat je? Sebab bunyi dia tak berapa sedap... Anyway sedap dowh benda tu. First time aku makan masa dia baru keluar... Waktu tu aku belum tengok iklan dia lagi. Aku tau pun sebab kakak aku bagitau.

Inilah dia KFC Zinger Double Down
     Oklah, byeeee........ [ni baru bye betul-betul :P]

Thursday, October 25, 2012

Yeeeaaaayyyyy..... I finished it all.......

     Hai semua... Lama aku tak tulis kan. Mesti korang pun dah boring tengok blog aku kan. Sama je.... Sebenarnya aku takde masa nak update blog ni. Sebab bila nak update blog perlukan masa yang banyak. And aku takde masa. Bila ada masa, aku malas nak guna komputer. Kalau aku guna komputer pun aku just bukak facebook pastu main game. Main game pulak sekejap je sebab aku cuma ambik hadiah daily pastu buat apa yang patut pastu tutup.

     Korang nak tahu tak, [Kalau korang taknak tahu, takyah baca sebab aku nak cite jugak.] aku dah habis baca tiga-tiga buku Hunger Games. Aku habis baca yang last tu semalam. Mula-mula aku tengok kakak aku beli buku ni kan, aku fikir boring. Tapi bila dah baca bes la pulak.

Buku pertama

Buku kedua
Buku ketiga

     Kat atas ni cover buku HG yang aku ada. Yang kedua je rupa lain. Ok, disebabkan aku rajin aku nak bagitau serba sedikit info tentang buku ni. Kalau yang dah baca tu dah tahu lah. Yang belum baca dan nak tahu baca kat bawah ni.

Buku pertama - Yang cerita Hunger Games tu cerita buku pertama ni lah. Yang tentang Katniss volunteerkan diri dia masuk Hunger Games gantikan adik dia.                                              Buku kedua - Tentang Quarter Quell. Pastu dalam QQ tahun tu, orang yang dah berjaya dalam Hunger Games kena masuk sekali lagi.                                                                                     Buku ketiga - Tentang rebellion. Katniss setuju jadi Mockingjay. Pastu Peeta jadi jahat sebab dia kena hijacked.

Tu jelah serba sedikit tentang buku-buku tu. Ok lah. Bye.......

Saturday, September 22, 2012

Peperiksaan vs. PBS

     Hi guys..... Lama i tak update blog kan. Ni pun sebenarnya pada mulanya i tak tahu nak update pasal apa. Tapi i gagahkan diri i berfikir nak tulis apa sementara menunggu internet loading. And, perkara pertama terlintas di fikiran i kerja sejarah. Jadi, i decide nak tulis pasal sistem yang dikenali sebagai sistem PBS [kot].

    Klau u all nak tahu, form 1 tahun ni guna sistem PBS. So, bila guna sistem ni, banyak kerja sikit. Skarang ni pun sebenarnya i belum siapkan folio sejarah. Lepas dah siap nanti, i nak kena buat kerja untuk PI pulak. Memang banyak kerja, tapi kerja tu takdelah susah sangat. Pastu kat sekolah pulak cikgu akan bagi soalan pastu kena jawab. Sebelum bagi soalan tu, cikgu suruh baca buku dulu.

     Yang bestnya PBS ni takde periksa. So, that's mean  no exam. But, penilaian dia cikgu akan buat bila-bila. Tapi, soalan PBS takdelah susah sangat pun. Yang dah belajar je. And, PBS ni banyak kena buat kerja. Tak kisah la folio ke  apa ke.

     Tapi, harini i nak cerita bukan tentang kebesan PBS tapi tentang bantahan orang tak ramai terhadap PBS. I pun tak faham apesal dorang benci sangat ngan PBS ni. Agaknya dorang lagi suka tension-tension periksa kot. Tak faham i. But, cikgu i kata, PBS ni menambah kerja cikgu sebab cikgu kena sentiasa buat penilaian. Kesian jugak kat cikgu... Hurrrrmmmmmmmm......

     Okay lah u all, i nak kena pergi dulu. Bye......

Nanti bila-bila i masukkan gambar apa-apa dalam entri ni kay. Bye... :D

Wednesday, August 22, 2012

Bestnya meng'edit' gambar dengan pixlr express

     Hai semua... Harini Pinkie try edit-edit gambar kat pixlr express. Best ooooooo..... Kat bawah ni ada beberapa gambar yang Pinkie edit...

Ni gambar first yang Pinkie edit

Ni yang kedua
     Cantik kan... Jangan jeles tau... :P

Ni yang third
     Yang third ni Pinkie try buat collage. Semua gambar kuih raya kecuali yang besar tu. Nape Pinkie letak gambar fnn??? Tekalah sendiri... Takkan semua nak kena bagitau.

     Tu je lah gambar yang Pinkie dah edit setakat ni. Itupun amik masa yang lama. Maklumlah, Pinkie baru first time edit gambar. Haaaa... Lagi satu, Pinkie ada copyright baru. Nak tengok, tengok bawah ni.


     Yang lulu-litlit tu lah copyright nya. Simple je. Lepas ni semua gambar yang Pinkie masukkan akan ada tulisan tu. Kalau takde, maknanya Pinkie lupa atau Pinkie guna komputer lain. Ok lah... Nak tengok spongebob. Bye...........

Tuesday, August 07, 2012

Kesian Chong Wei...

   U all tengok tak masa Chong Wei lawan Lin Dan dua hari lepas. Alah, yang Olimpik tu. Kesian Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia. Kan kan kan. Kesian kat Chong Wei sbb dia kalah tipis je ngan Lin Dan tu. Masa first set, Chong Wei menang 21-15. Yang kedua tak ingat berapa, tapi Lin Dan menang. Yang last set, Chong Wei kalah 19-21. Sedih ooooo.... Chong Wei nangis masa habis lawan tu. Pastu, masa bagi pingat tu, muka Chong Wei muka sedih je.

Ni lah rupa dia masa ambik pingat


Nape sian kat rakyat Malaysia pulak?
- U all -

   Sebab tak dapat makan aiskrim free... Akhirnya Mister Robin baik hati nak sponsor. Aiskrim Baskin Robin semua mahal ooo....

Gambar sekadar hiasan semata-mata...

   Sekarang ni, atlet Malaysia yang tinggal cuma Azizulhasni Awang ngan Pandalela je. Yang lain semua dah kecundang. U all tahu tak, Malaysia skang ni adalah yang terakhir dalam carta olimpik. Ye lah, Malaysia cuma ada satu je pingat perak. Kasihani lah negara kita ni...

   And, tadi dalam Buletin Utama, dia ada tunjuk keling ni. Jahat oooo dia. Bagi u all yang tengok, mesti u all tahu nape.

Cuba baca apa yang dia tulis...

   Dah baca... Yang baris kedua tu still ok, tapi yang ke-4 dan yang last tu melampau. Apasal pulak Malaysia kena bagi reward kat Lin Dan. Bukannya Lin Dan tu bagi sumabangan pingat ke apa ke kat Malaysia. Yang last tu pulak, apasal Lee Chong Away pulak, nak kata typing error nampak sangat dia sengaja tulis. Kesian Chong Wei. Dia dah penat-penat lawan, si mano tu gi kutuk-kutuk dia pulak.

   Lagi satu, 4 your info, Chong Wei dah turun ranking setelah banyak kali kalah lawan Lin Dan. Sekali lagi, kesian Chong Wei...

Ranking badminton 2012 :

1. Lin Dan - China
2. Lee Chong Wei - Malaysia
3. Chen Long - China
4. Chen Jin - China
5. Peter Hoeg Gade
6. Simon Santoso - Indonesia
7. Sho Sasaki - Jepun
8. Kenichi Tago - Jepun
9. Du Pengyu - China
10. Lee Hyun Il - Korea Selatan [negara k-pop]

Sunday, July 22, 2012

Happy Puasa

     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Harini bagi salam panjang sikit... Masuk harini, dah sehari setengah lebih puasa... Apa u all rasa? U all penat ke letih ke enjoy ke apa ke... Tapi, Pinkie rasa masih ok kot... Yelah, baru 2 hari puasa kan. Bukannya 2 bulan pun. Lagipun, masa bulan puasa ni banyak kelebihan dia.

1. Time bulan puasa ni, setan sume kena rantai... Jadi, takdelah setan tu hasut kita buat jahat. Kalau buat jahat jugak, jangan salahkan setan tu sebab setan-setan tu dah kena rantai.

2. Bagi yang nak kurus tu, time ni la u all boleh merealisasikan impian u all tu. Tapi, masa buka tu jangan ikut nafsu makan pulak... Sia-sia je usaha u all. Bukan makin kurus, tapi makin gemuk.

3. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi Pinkie taknak tulis banyak-banyak. U all cari lah sendiri.

 Oklah u all, dah pukul 5 ni. Byeee... Selamat berbuka, selamat bertarawih, selamat bangun sahur, selamat sahur dan selamat berpuasa... :D

Ni Pinkie buat sendiri... Simple jer. :D

Puasalah kamu sebelum kamu dipuasakan!

Monday, July 09, 2012

Fuhh.... Tak penatnya

Pinkie baru balik dari sekolah sebab tadi kat skolah ada senamrobik dan sukantara. Sebenarnya takdelah baru sangat sampai rumah, Pinkie sempat makan karipap dulu sebelum tulis entri ni... hehehe. Minggu ni kat skolah Pinkie ada Hari Minggu Sukan.

Tapi, Pinkie tak masuk apa-apa acara pun untuk sukan tu... Tapi takpe, sebab kat rumah merah tu ramai lagi [ramai kot] orang yang berminat nak masuk sukan tu...

Tadi, Pinkie cuma buat senamrobik je kat skolah... Itupun buat sikit-sikit je. Pastu waktu sukantara adalah Pinkie tengok sikit-sikit. Lepas tengok sikit-sikit Pinkie terus blah dengan kawan-kawan Pinkie. Kitorang gi lepak kat surau. Kat surau tu ramai orang tido. But Pinkie ngan kawan-kawan Pinkie baik, kitorang tak tido kat surau. Kitorang just main [tapi takdelah main lari-lari camtu] dan dengar lagu. Kitorang dengar lagu kat PSP dan Samsung Galaxy Ace [dua-dua kawan Pinkie punya]. Tapi, kitorang dengar lagu guna earphone. Jadi, tak kacau orang lain lah kan.

Macam ni lah rupa kawan Pinkie punya PSP


Sebenarnya kalau tak masuk apa-apa boleh balik awal. Tapi, Pinkie ngan kawan-kawan Pinkie balik pukul  10.00. Sepatutnya balik pukul 10.30. Alah, 30 minit je pun. Sebenarnya, kitorang nak balik pukul 9.30, tapi tak jadi sebab kitorang nak makan dulu. Habis makan je [makan sambil sembang] dah pukul 9.50. Lagi 10 minit tu, kitorang jalan-jalan. Dah pukul 10, baru kitorang keluar. Then, bila mak kitorang sampai, kitorang balik lah, apa lagi.

Tadi Pinkie sampai rumah je terus basuh tangan dan makan. Lepas habis makan baru bukak blog dan facebook. Hehehe...

Monday, July 02, 2012

Kapal terbang

Korang pernah naik kapal terbang? Mesti pernah kan. Sebenarnya saya bukan nak cerita tentang naik kapal terbang. Tapi, saya nak bagitau yang adik saya ada kapal terbang. Diorang paksa ayah saya beli, so ayah saya pun belilah. Sekarang, ada 4 kapal terbang. Sorang beli dua. Kapal terbang tu dua MAS, satu AirAsia dan satu Firefly.

pesawat MAS a380

Ni kapal terbang pertama yang adik saya beli.

AirAsia Airbus a320 painted Manchester United

Ni kapal terbang kedua yang adik last saya beli. Tapi, yang dia beli takde gambar orang...

MAS b777

Tulisan yang kecik kat tepi MALAYSIA tu ialah 'freedom of space'...

Firefly b737

Ni adik saya yang second last tu punya. Dia beli masa beli yang MAS b777 tu. Yang atas skali tu adik saya yang seconde last tu punya. Yang bawah dia yang AirAsia tu adik saya yang last tu punya. Oklah, tu je yang boleh saya tulis hari ni. Bye.......... [Saya nak blogwalk jap...]

Semua kapal terbang yang adik saya beli ni model je... Lu gila ke hape nak beli yang betul. Mahal yang teramat sangat woooo... Lagipun, adik saya ni masih kecik lagi. Tapi, kalau boleh beli yang betul pun ok jugak kan...

Untuk MAs a380 tu, rupa sebenarnya macam kat bawah ni. Yang gambar tu rupa model dia, saya tak tahu betul-betul ada ke tak yang rupa cam tu.

Sunday, July 01, 2012

Semua buah-buahan

Hai, saya taknak buat entri pendahuluan. So, saya teruskan je ngan apa yang saya nak tulis kay. Hari ni saya nak tulis pasal jenama yang menggunakan nama buah-buahan [apesal dorang tak letak nama sayur je kan]. Korang mesti pernah dengar jenama Apple, Blackberry, Blueberry dan macam-macam lagi lah. Nanti lama-lama kuar Strawberry, Cranberry, Orange dan macam-macam lagi. Tapi, yamg saya perasan, kat cite Amerika, dorang punya laptop atau barang elektronik lain kebanyakan jenama Pear. Pastu, kat kartun Digimon [korang tak tengok punya cite ni], diorang punya komputer pulak jenama Pineapple. Agaknya, dah jadi trend skarang guna nama buah untuk komputer. Tapikan, apesal dorang tak letak nama Spinach ke, Broccoli ke, Tomato ke. Nak letak nama buah jugak.

Logo jenama Apple

Logo jenama Pear yang terkenal kat Amerika tu

Logo Blackberry... Alah, yang handphone tu.

Logo Blueberry... Ni pun jenama untuk handphone.

Gambar ni punyalah susah nak cari... Takde pun dalam Google Images. 

Tu je lah jenama yang guna nama buah-buahan yg saya tahu. Yang gambar bawah skali tu, saya snip dari cerita Digimon. Mula-mula cari dalam Google Images takde, jadi saya bukak cerita Digimon kat Youtube. Oklah, bye....

Nak tengok blog lama saya yang saya dah lupa password, tekan SINI.