Thursday, November 15, 2012

Aku tak tau nak tulis tajuk apa...

     Assalamualaikum... Yo guys!!! Lama dah aku tak update blog ni kan... Aku bukan sesaja taknak update,  tapi cuma aku malas atau aku tak de apa2 nak ditulis. tapi, for the last 2 weeks ni aku tak dapat nak bukak internet sebab ada problem ngan wifi kat rumah aku ni. Akhirnya, smalam dapat jugak bukak internet setelah langsung tak dapat nak bukak sejak bermula cuti sekolah isnin minggu lepas. Sebenarnya sampai skarang wifi tak boleh guna lagi. Aku bukak internet ni guna kabel. Nasib baik boleh guna kabel, kalau tak cuti tahun ni adalah cuti yang terboring yang pernah aku lalui.

     Tapi, harini aku taknak cite pasal hal tu. Hari ni aku nak cite pasal semalam. Kenapa dengan semalam? Haaa... Ni nak cite la ni. Semalam kan aku pergi i-city. Mesti ada diantara korang cakap camni kan. "Eleh, gi i-city pun nak kecoh. Lainlah kalau gi luar negara". Kan kan kan. Tapi, kalau aku tak kecoh, blog ni takkan ada entri baru la. Sebab aku takkan bukak blog kalau takde apa-apa.

     Anyway, back to the middle. Semalam aku gi i-city petang. Dalam pukul 3 ke 4. Sampai situ kol 5.45 camtu la. Pastu, lepas parking kereta, kitorang terus ke kaunter tiket. Ayah aku pun belilah tiket masuk snowwalk. Tiket tu kan, dia kalau beli pukul enam, dia mahal sikit wooo... Waktu ayah aku beli tiket tu pukul 5.56. Nasib baik woooo. Kalau tak, kena bayar mahal. Lepas pukul 6, harga tiket naik 50%.

     Lepas beli tiket, kitorang pun masuklah dalam snowwalk tu. Sebelum masuk dalam bilik sejuk dia tu, kitorang pinjam baju sejuk. Free je. Semua orang yang nak masuk mmg kena pinjam pun. Pastu kat situ ada kaunter untuk pinjam but dan beli mittens. Mula-mula aku ngan kakak aku sombong ooo.... Kitorang taknak pinjam sewa but. Pastu, bila dah masuk, sejuk woooo.... Bukan sejuk je. Tapi licin sekali. Sebab aku ngan kakak aku pakai kasut yang digunakan untuk kalau pergi jalan-jalan. Pastu, masa aku tgh jalan ngan adik aku, aku tanya ayah aku mana kakak aku pergi. Rupanya kakak aku pergi sewa but kat luar. Aku pun cakap lah ngan ayah aku yang aku pun nak sewa but jugak. Ayah aku pun bawak la aku keluar. Pastu kitorang gi sewa but. Adik aku pun sewa but jugak. Adik aku lagi sorang taknak pakai but. Dia beli mittens warna hitam putih. Aku pakai 2 lapis stokin oooo.... Satu yang aku memang pakai. Lagi satu yang dia bagi sekali ngan but. Pastu lepas dah letak kasut kat loker, kitorang semua pun masuk balik.

     Masuk je aku ngan adik aku pergi jalan-jalanm dalam tu. Pastu kitorang main lah apa-apa yang ada kat situ. Pastukan, aku ngan adik aku naik la slide. Slide tu kita kena duduk kat benda macam pelampung. Disebabkan adik aku kurang 120 cm, aku pun naiklah slide ngan dia. Bes woooo.... Tapi, masa dia slide tu, sejuk muka aku. Pastu lepas slide aku ngan adik-adik aku pun cuba la buat snowball iceball. Susah ooo nak buat. Pastu dah lama-lama, kitorang dah menggigil, aku dan adik aku dan kakak aku pun pergilah beratur nak naik snowcar. Panjang wooo barisan. Akhirnya setelah lama beratur, turn aku dan adik aku pun sampai. Best ooooo.

     Lepas kitorang keluar, ayah aku terus beli air milo panas. Pastukan, masa aku kat loker nak ambik kasut, aku jumpa kawan aku. Aku tak sangka dia pun pergi i-city hari tu. Waktu tu, dia pun nak balik jugak. Lepas siap semua, kitorang pulangkan jaket dan but. Pastu baru aku ingat yang aku tertinggal kamera kat dalam poket jaket tu. Ayah aku pun tanya lah kat orang tu, pastu orang tu kata dia dah bagi kat kaunter tiket. Pastu ayah aku gi la tuntut kamera tu. Nasib baik aku ingat tau. Kalau tak, habis la... Lepas tuntut kamera, kitorang pergi solat Maghrib.

   Habis solat maghrib, kitorang pergi la main. Main apa korang takyah tahu sebab aku tak takkan bagitau pun sebab aku dah penat typing tanpa henti. Ok guys.... Byeeeee........ :)

     Oh! Aku terlupa nak bagitau korang perkara ni.... Malam tu kali kedua aku jadi macho... Kenapa??? Sebab malam tu kali kedua aku makan daging ayam, daging ayam, keju dan daging ayam... Napa aku tak tulis meat, meat, cheese and meat je? Sebab bunyi dia tak berapa sedap... Anyway sedap dowh benda tu. First time aku makan masa dia baru keluar... Waktu tu aku belum tengok iklan dia lagi. Aku tau pun sebab kakak aku bagitau.

Inilah dia KFC Zinger Double Down
     Oklah, byeeee........ [ni baru bye betul-betul :P]